Jumat, 20 Desember 2013

Kes culik Nazatul hanya drama


ISNIN, 26 MAC 2012

Gambar Nazatul Fardiana pada sidang media di Shah Alam semalam.





SHAH ALAM – Remaja perempuan, Nazatul Fardiana Mohd. Norizwan (gambar kecil) yang didakwa diculik ke Thailand sebenarnya merupakan perancang utama ‘kes penculikannya’ dengan mereka-reka situasi tersebut bagi membebaskan dirinya bersama lima lagi remaja warga Myanmar ketika ditahan oleh negara itu di Bangkok, 11 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, maklumat itu diperolehi berdasarkan keterangan konsisten daripada lima warga Myanmar tersebut yang dibawa ke negara ini untuk diambil keterangan sejak Khamis minggu lalu.

Menurut Zahedi, lima warga Myanmar tersebut iaitu Muhd. Yunus Abdul Rahim, 17; Muhd. Nur Abdul Rahim, 14; Abdul Aziz Normal Hakim, 14; Ramzabi Hussin, 14, dan Janetbi Hussin, 14, memberitahu, Nazatul mencetuskan idea mengatakan mereka diculik ketika itu kerana tidak mahu dimarah oleh ibu mereka.

“Berdasarkan keterangan, kita dapati hubungan mereka akrab dan saya tidak nafikan mereka terlibat dalam kegiatan meminta sedekah di kawasan itu secara tidak sah dan hasil kegiatan itu digunakan untuk diri mereka sendiri.

“Walaupun berdasarkan keterangan mereka yang mendakwa, misi adalah untuk melarikan diri daripada lelaki bernama Shah dan Sadiq, kita percaya kegiatan mengutip sedekah itu didalangi oleh mereka sendiri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, semalam.

Zahedi turut menghuraikan kronologi perjalanan semua remaja itu dalam tempoh mereka ‘hilang’ ketika mereka ditemui merayau-rayau di Terminal 1, Seremban sebelum dibawa ke IPD Seremban, 31 Januari lalu dan ketika itu, Nazatul turut mengaku dirinya adalah warga Myanmar.
ReadFull Article ..

Kamis, 19 Desember 2013

Inilah 10 Ahli Politik Asing Tercantik

 
KerinciGoogle.com, Jakarta - Jumlah perempuan yang menginjakkan kakinya di ranah politik memang belum banyak. Tapi beberapa jadi perhatian kerana kecantikan fisiknya.
Meski begitu, perlu ditegaskan bahawa sepuluh politisi perempuan tercantik ini tak hanya mengandalkan tampang. Siapa saja sepuluh perempuan ini? Berikut daftar yang disusun media MSN.
Salah satunya adalah mantan Miss Singapura Eunice Olsen, yang menjadi anggota DPR termuda di negara itu saat terpilih pada 2004 lalu. Kemudian Alina Kabaeva dari Rusia, gadis berusia 25 tahun yang duduk di DPR negara itu sejak 2007.

Headline
Ukraine beruntung pernah memiliki Yulia Tymoshenko sebagai Perdana Menteri (PM) mereka pada 2010. Demikian pula Ireland , rumah bagi politisi Toireasa Ferris.
Anna-Maria Galojan yang berambut pirang, sempat mengguncang parlemen Estonia dengan wajahnya yang imut. Di Meksiko, politisi cantik Sara Luiz Chavez dikenal luas setelah sempat dituding me miliki rumah pelacuran.

Warga Jepun memiliki web khusus untuk anggota DPRD asal Hachinohe, Yuri Fujikawa. Di Itali , Mara Cargafna yang sensual terpilih karena sebelum berpolitik, ia mantan model dan
showgirl.
Menteri Luar Negeri dan Pariwisata Peru, Mercedes Araoz (47), amat populer di kalangan penggemar politisi cantik. Tapi rekan senegaranya, Luciana Leon, anggota DPR Peru, menjadi politisi yang kerap disebut sebagai yang terseksi.
Namun begitu, Menteri Olahraga Australia Kate Ellis, Menteri Perubahan Iklim Penny Wong dan anggota parlemen Melissa Parke, baru-baru ini disebut sebagai politisi tercantik versi jajak pendapat internet sebuah suratkhabar Sepanyol.

Sumber : Inilah.com
ReadFull Article ..

Neelofa Bersara Sebelum Umur 30

Neelofa Bersara Sebelum Umur 30 | Pelakon dan pengacara Neelofa diberitakan mahu meninggalkan dunia seni untuk memberi tumpuan dalam bidang perniagaan dan rumah tangga yang bakal dibinanya sebelum mencecah usia 30 tahun.
Neelofa Bersara Sebelum Umur 30

Menurut Neelofa, dia tidak percaya bakatnya akan diperlukan dalam tempoh lima tahun akan datang kerana ketika itu sudah ada pelakon-pelakon baharu yang lebih menjadi perhatian.

“Terus-terang saya katakan, saya tidak pernah berhasrat untuk berlakon sampai bila-bila. Insya-Allah, dalam masa lima tahun ini saya akan kurangkan aktiviti seni dan seterusnya meninggalkan dunia glamor ini untuk beralih kepada bidang lain apabila usia saya 30 tahun,” katanya lagi.

Tambah Neelofa lagi, dia tidak menyesal membuat keputusan berkenaan memandangkan ketika ini semakin ramai artis baharu muncul dan tentunya pada masa depan, pelakon lain lebih menonjol sebagaimana yang dialami pelakon senior lain ketika ini.

Ujarnya, sebagai permulaan dia mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan termasuklah memperkenalkan produk penjagaan kesihatannya iaitu Bellavita.

Pengacara rancangan Nona dan Meletop ini turut membayangkan akan mendirikan rumah tangga pada usia 29 tahun.

“Saya merancang selewat-lewatnya pada usia 29 tahun saya akan berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Pada waktu itu tumpuan saya adalah dalam perniagaan dan bukan lagi lakonan,” jelasnya sambil memberitahu buat masa ini masih belum mempunyai teman istimewa.

Dalam perkembangan lain Neelofa berkata dia sudah mendapat surat tawaran untuk mengikuti kursus jangka pendek di New York Film Academy, di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Neelofa akan mengambil kursus dalam bidang lakonan selama sebulan bermula 6 Januari 2014.

“Saya sudah bersedia untuk meneroka bidang seni dengan mengikuti kursus jangka pendek di Amerika Syarikat. Ketika itu saya sedang cuti semester di kolej saya sekarang. Jadi, mudah untuk saya untuk menyambung pelajaran,” katanya yang ketika ini merupakan pelajar Kolej Universiti Sunway, Petaling Jaya, peringkat ijazah sarjana muda pemasaran dan perdagangan antarabangsa.


sumber:
ReadFull Article ..

Rabu, 18 Desember 2013

Menarik! Tong Sampah Pintar Yang Unik Video



Pernahkah kita terfikir untuk mencipta sebuah tong sampah yang mampu bergerak sendiri ? Terdapat satu ciptaan di mana tong sampah ini mampu mengesan objek yang dibuang ke lantai.
Sebagai seorang pekerja yang sering menggunakan kertas, adakalanya jika terlalu tension kita akan terus mencampakkannya ke bawah. Namun dengan teknologi yang dikenali dengan namaSmart Trashbox ia tidak menjadi masalah. Ia merupakan tong sampah pintar yang mampu untuk menangkap sampah yang dibuang. Tong sampah ini begerak dengan sendirinya apabila mengesan objek yang dibuang atau dilambung ke lantai. Sila tonton video di bawah untuk melihat proses membuat tong sampah ini dan bagaimana ianya boleh berfungsi. Harap beberapa tahun akan datang, ianya bakal berada di pasaran. Pastinya sangat cool.
Bunyinya macam senang kan? Tapi sebenarnya, tong sampah ini direka dengan sangat kompleks. Ianya menggunakan litar bersepadu (IC) yang diprogramkan dan disambungkan kepada sebuah  Kinect camera untuk mengesan sebarang pergerakan objek dan dimana lokasi ia akan jatuh.


ReadFull Article ..

Akibat Minum 20 tin COKE sehari



Berat seorang wanita Lisa Mckay naik mendadak sehingga mencecah 120.6kg gara-gara ketagih meminum Coca-Cola sebanyak 20 tin sehari.Dia juga sanggup bangun pukul 4 pagi untuk meminum minuman tersebut.
Pada usia 24 tahun dia perlu membeli dua kerusi ketika menaikim kapal terbang dan berasa keletihan walaupun berjalan beberapa meter.


Namun akhirnya ibu kepada dua orang anak ini terpaksa menjalani satu pembedahan kerana masalah kegemukan.Kini dia mengharamkan minuman Coca -Cola berada dirumahnya dan dia berjaya mengurangkan berat badan hampir 63.5kg.
ReadFull Article ..

Selasa, 17 Desember 2013

Protes merebak di tiga wilayah Thai

Lebih 12,000 petani menghalang laluan di lebuh raya utama di wilayah Surat Thani, kelmarin.

SURAT THANI - THAILAND. Lebih 12,000 petani menyertai protes di wilayah selatan Thai selepas kerajaan gagal memenuhi tuntutan mereka supaya menaikkan harga getah kepada 120 baht (RM12) sekilogram, menurut media tempatan, kelmarin.

Ketua polis, Kiattipong Khaosam-ang berkata, kumpulan penunjuk perasaan tersebut turut menghalang lebuh raya utama berhampiran pejabat koperasi pertanian di wilayah Surat Thani, 640 kilometer dari selatan Bangkok.

"Kira-kira 300 polis antirusuhan telah dikerah ke lokasi demonstrasi tersebut bagi mengelakkan kumpulan tersebut memecah masuk lapangan terbang berhampiran kawasan terbabit," katanya kepada AP.

Bantahan besar-besaran yang kini dilaporkan merebak di tiga wilayah selepas ia tercetus di Nakhon Si Thammarat sejak lebih seminggu lalu.

Harga getah di Thailand terus jatuh sejak 2011 disebabkan oleh permintaan kurang dalam ekonomi global yang tidak menentu. 
ReadFull Article ..

Pemain badminton Malaysia hilang RM14 000

RABU, 14 MAC 2012

Mohamad Arif




KUALA LUMPUR - Seorang pemain badminton kebangsaan berusia 22 tahun kerugian RM14,000 selepas wang tunai untuk membayar pendahuluan kereta hendak dibelinya disamun tiga lelaki dalam kejadian di Taman Tun Dr Ismail, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Arif Ab Latif sedang berjalan ke arah keretanya selepas makan tengah hari bersama seorang rakan didatangi dua motosikal ditunggang tiga lelaki.

Menurut sumber, pada mulanya, mangsa tidak sedar lelaki terbabit datang dari arah belakang sebelum memberhentikan motosikal di hadapannya.

Katanya, seorang daripada lelaki itu terus menarik beg sandang mangsa menyebabkannya terkejut sebelum menumbuk muka lelaki itu dan lelaki terbabit membalas dengan menumbuk dada mangsa.

“Akibat melawan, dua rakan lelaki itu turun dari motosikal sebelum seorang daripada mereka mengacukan pisau ke perut mangsa.

“Sebaik mengacu pisau itu, mereka meragut beg sandang mangsa yang mengandungi wang RM14,000 sebelum melarikan diri,” katanya kepada wartawan, semalam.

Katanya, mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius, sebaliknya hanya cedera ringan di dada dan muka kerana ditumbuk.

Susulan kejadian itu, Mohamad Arif membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Mohamad Arif pernah dicalonkan untuk Anugerah Putera dalam Anugerah Sukan Kementerian Pelajaran-MSSM-Milo 2006 di atas kecemerlangannya dalam sukan badminton, malah pernah menentang Datuk Lee Chong Wei dalam Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Proton 2010 di Stadium Negeri di Kuala Terengganu.
ReadFull Article ..