Tampilkan postingan dengan label suka. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label suka. Tampilkan semua postingan

Rabu, 26 Februari 2014

Lelaki ini Suka Curi dan Pakai Pakaian Dalam Wanita sebab rasa lebih bahagia

pencuri pakaiyan dalam
Seorang lelaki  di Thailand memiliki kebiasaan yang  sangat aneh kerana sangat suka mencuri pakaian dalam wanita yang kemudian dipakainya sendiri di rumah.

Lelaki itu, Jirayuth Yampramote ketahuan mencuri pakaian dalam di sebuah asrama wanita, aksinya mencuri pakaian dalam wanita ini merupakan kelainan yang dia alamai. Jirayuth Yampramote merasa bahagia jika boleh menggunakan pakaian dalam tinjauan curianya.

Isteri Jirayuth Yampramote tidak mengetahui kelainan aneh suaminya ini, dia baru mengetahui jyang suaminya suka menggunakan pakiyn dalam wanita ketika suaminya ketahuan telah mencuri pakaian dalam wanita di asrama wanita.

Aksi pencurian pakaian dalam yang dilakukan Jirayuth Yampramote terjadi di sebuah asrama wanita disebenarnya bukan lah yang pertama kali sebelumnya, ia juga pernah melakukan beberapa kali pencurian pakaian dalam wanita di asrama wanita ini.

Namun aksi terakhir yang dilakukanya sepertinya mengalami  sial  ketika Jirayuth Yampramote sedang melakukan pencurian sebuah kamera cctv melihat aksinya dalam rakaman kamera cctv terlihat Jirayuth Yampramote sedang berkeliling dengan menggunakan pakaian wanita yang dicurinya. Ia pun dituntut melakukan pencurian dan masuk tanpa izin.

Walupun Jirayuth Yampramote telah melakukan pencurian para penghuni asrama wanita memaafkan Jirayuth Yampramote dan meminta pihak kepolisian untuk tidak menahanya dan diberikan bantuan profesional untuk menyembuhkan kelainan yang dimilikinya itu.
ReadFull Article ..

Minggu, 22 Desember 2013

Jangan tafsir al Quran ikut suka

Twitter milik Jui Meng.

SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas memberi amaran kepada sesiapa sahaja sama ada Islam atau bukan Islam supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan tafsir ayat Al-Quran tanpa merujuk kepada golongan ulama dan ilmuwan agama terlebih dahulu.

Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Zawawi Salleh berkata demikian merujuk kepada status Twitter Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng yang memuat naik tafsir surah Al-Ankabut dan Al-Imran bagi mempersoalkan tindakan mahkamah melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam edisi mingguan Katolik, The Herald.

“Penggunaan ayat atau tafsir Al-Quran tidak boleh dipandang remeh sama ada individu itu Islam atau pun bukan Islam.

“Islam tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk membaca Al-Quran, cuma masalahnya tidak boleh sesuka hati menafsir Al-Quran sekiranya tidak arif bahagian  itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pada 14 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar mingguan edisi bahasa Melayu, The Herald.

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Dalam penghakimannya, Mohamed Apandi berkata mahkamah mendapati penggunaan kalimah ALLAH bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Justeru itu mahkamah mendapati tiada alasan mengapa gereja Katolik berkeras menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya.

Mengulas lanjut, beliau menyarankan supaya Jui Meng bertindak matang dengan menghormati keputusan mahkamah demi keamanan dan kesejahteraan antara agama.

“Umat Islam mesti sepakat pertahankan kalimah ALLAH kerana ia perkara dasar dalam Islam, jadi yang bukan Islam rasanya tidak perlu berlebihan bercakap isu ini.

“Sekarang terpulang kepada kerajaan untuk bertindak atau memberi nasihat kepada beliau supaya lebih menghormati keputusan mahkamah berkenaan perkara ini,” kata beliau.
Isu kalimah ALLAH bermula pada awal 2009 apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit akhbar The Herald menggunakan kalimah Allah yang dicetak sejak 1994. Berikutan itu, pada 16 Februari 2009, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik, Tan Sri Murphy Pakiam, memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.
ReadFull Article ..