Senin, 30 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Filem homoseksual pertama tempatan tunggu kelulusan LPF

Filem homoseksual pertama tempatan tunggu kelulusan LPF

in a bottle


KUALA LUMPUR: Filem bertemakan homoseksual pertama Malaysia mungkin memasuki pawagam tempatan tidak lama lagi, selepas kerajaan meringankan sekatan tapisan yang menyekat industri filem di negara ini sejak sedekad.

Walaupun filem berbahasa Melayu tidak memaparkan babak seks secara jelas mahupun adegan bercium, tayangannya bakal memberikan kebebasan kepada media popular di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam untuk mengorak langkah, di mana ramai pihak bimbang ia akan dipengaruhi konservatisme Islam.

“Dalam Botol, atau ‘In A Bottle’, berkisarkan kisah seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan rakan lelakinya berdepan masalah apabila beliau menjalani pembedahan menukar jantina,” kata pengarah filem itu, Raja Azmi Raja Sulaiman, yang turut menulis cerita berkenaan berdasarkan pengalaman seorang rakannya.

“Kami mengambil risiko. Saya berasa bimbang. Kami tidak tahu sama ada sekiranya Lembaga Penapisan Filem (LPF) filem itu masih membenarkan kami menayangkan filem ini akhirnya,” katanya.
Share

Tidak ada komentar:

Posting Komentar