Minggu, 29 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » Keretapi Rempuh Penumpang Di India

Keretapi Rempuh Penumpang Di India


SEBUAH keretapi ekspres di India merempuh sekumpulan penumpang di landasan keretapi menyebabkan lapan orang maut semalam.

Menurut laporan media, para penumpang itu sebelum itu kelam-kabut keluar daripada keretapi lain ekoran kebimbangan kebakaran selepas keretapi mereka menggunakan brek kecemasan.

Selain yang maut, lebih ramai lagi cedera dalam tragedi itu yang berlaku di Stesen Gotlam di negeri Andhra Pradesh.

“Penumpang keretapi Ekspres Alleppey-Dhanbad menarik brek kecemasan dan turun, ketika panik, keretapi Raigarh-Vijaywada yang bergerak di landasan berbeza kemudian merempuh dan menggilis mereka,” kata jurucakap pengurusan keretapi J P Mishra.

Kebanyakan media tempatan melaporkan angka kematian setakat ini seramai lapan orang.

Ketua Menteri Andhra Pradesh Kiran Kumar Reddy memberi jaminan mereka yang cedera akan menerima rawatan perubatan terbaik.

Sistem keretapi India yang diketahui tidak sistematik sememangnya sering mencatatkan rekod buruk dengan ratusan kematian dilaporkan setiap tahun.

Dalam satu laporan kerajaan tahun lepas, kira-kira 15,000 orang terbunuh setiap tahun disebabkan kegagalan sistem keretapi di India.

Pada Ogos lepas, sebuah keretapi ekspres merempuh sekumpulan penganut Hindu membunuh 37 orang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar